Salah satu penyebab kenapa minda sesuatu bangsa tidak dapat berkembang pada kadar yang sewajarnya berpunca daripada bahan bacaan seperti surat khabar dan majalah yang tidak berkualiti. Bahan bacaan umum kini telah mengabaikan fungsinya sebagai pemangkin kepada kehausan informas. Selain memutar belit kenyataan, bahan bacaan ini (dengan sengaja) tidak menyampaikan secara menyeluruh segala fakta mengenai sesuatu isu. Surat khabar kini tidak lagi berfungsi sebagai penyampai maklumat yang sepatutnya, sebaliknya ia berfungsi di luar kewajipannya sebagai satu alat untuk memanipulasi minda and pemikiran sesuatu bangsa. Bagaimana pemikiran di manipulasikan, terpulang kepada agenda dan kuasa disebalik institusi akhbar itu.
Akhbar sepatutnya bersikap objectif, dimana ia dijadikan satu medium untuk menyebarkan fakta sesuatu isu dan pandangan dari setiap sudut (samada kawan ataupun lawan). Pembacalah (dan bukannya penulis artikel) yang membuat kesimpulan yang sewajarnya daripada kenyataan seimbang yang disampaikan akhbar. Kini, generasi yang baru tidak lagi mempunyai pemikiran yang kritikal dan kemahiran untuk berfikir yang berdikari. Generasi baru kini terlalu mengharapkan kesimpulan yang disampaikan tiap hari di surat khabar dan di kaca tv.
Tanyalah generasi baru mengenai Palestine, mengenai perbezaan Zionisme dengan Yahudi, mengenai agama-agama lain selain agama yang dianutinya, mengenai Ketuanan Melayu, mengenai tentera US di Iraq dan lihatlah betapa berat sebelah dan sempit pemikiran mereka. Sememangnya bukan salah kebanyakkan remaja negara kita mempunyai pemikiran sebegitu. Minda mereka terbentuk dari pandangan tidak seimbang yang di tanamkan dari guru disekolah sehingga ke alam dewasa oleh media media arus perdana. Contohnya, pernahkah remaja sekarang berfikir sejenak kenapa askar Israel kerap sangat menceroboh kawasan penempatan Gaza? Saya yakin kalaulah remaja remaja sekarang diberi peluang memahami keadaan sebenar(seimbang) di Palestine dan Israel, kesimpulannya mungkin akan berbeza dan lebih tepat dari sekarang.
Masih ingat lagi, pada zaman persekolahan 90'an, dimana tiap pagi surat khabar yang dibaca saya adalah Utusan dan Berita Harian. Pada masa itu begitu benci kita kepada negara negara Barat. Kenapa benci? Sebenarnya sukar nak mengingati sebab sebenar perassan benci itu, tapi benci memang benci. Cubalah tanya Mahathir.
Lepas benci Barat, kita pulak benci US yang 'menceroboh' Iraq (padahal kita tak benci Iraq yang menakluki Kuwait dimana rakyat dibunuh and perempuan dirogol sewenang-wenangnya)
Oleh itu, saya ingin menyeru kawan kawan, samada yang Melayu, Cina ataupun India untuk memperluaskan pembacaan kita. Jangan kita terima bulat bulat apa yang tertulis diakhbar dan kesimpulan yang terlampau kebudakan dan sempit. Kita mesti melatih pemikiran kita untuk berfikir akan udang yang berada disebalik batu.
Bacalah kedua-dua petikan dibawah dan perhatilah cara penyampaian/penekanan yang berbeza oleh kedua dua surat khabar -
NST
Utusan Malaysia

0 anak ayam bother to comments:
Post a Comment